Upacara Naik Duit nih, ikutlah kebiasaan masing-masing. Bila dah moden nih, macam-macam cara boleh guna. Kalau tak nak buat majlis boleh bank in saja. Senang cerita. Ada pulak wang hantaran masa kahwin baru beri. Tapi Bapa Lisa nih yang selalunya sporting, tapi bab urusan kahwin strict gilerr. Mesti ikut prosedur katanya. Dengan muka garangnya dia bagi nasihat cam nih
Pastu dekat pihak lelaki pulak di bagitau :
"Saya tak mau minta berapa jumlah untuk wang hantaran, terpulanglah kepada pihak lelaki mo hantar berapa. Kita terima saja." lain harinya dia bagitau lagi.. nih yang paling best . dia bgtau...
"Saya harap tak perlulah nak buat majlis besar-besar sangat... Orang-orang tau jugak diorang nih bukan anak YB. Buat lah sederhana sahaja."....
Kalau dulu-dulu, wang hantaran di gubah menjadi bunga, menjadi masjid, menjadi bentuk haiwan.. Adakah bentuk haiwan? heehehe..tapi kali nih, pihak lelaki letak dalam album gambar. Takut rosak katanya duit kalau dilipat-lipat. hmmm..mana-manalah. Cuma lucu bila teringatkan bakal mertua punya statement..
"Cuba check album tuh betul-betul. Manatau bukan duit kat dalam, sekalinya gambar kat SEPILOK".
hehehhe... apapun bersyukur upacara berjalan dengan lancar. Wang hantaran yang di terima berjumlah RM17 793 bagi mak yang simpan. Sebab segala urusan majlis perkahwinan mesti melalui mak. Habis satu step, pastu baru dapat kebenaran untuk uruskan majlis kahwin. Alhamdulillah...... Semoga yang dirancang akan berjalan lancar tanpa halangan. dan semoga Allah permudahkan segala urusan..Amin..
2 comments:
Thanks.... :)
Post a Comment