Powered by Blogger.
RSS

MyWedding - The Chronology

Assalamualaikum....  wah nampaknya dalam sebulan lebih jugaklah Lisa tak update blog.  Since start cuti kahwin hari tu. Too many things to settle sebelum dan selepas majlis.  Alhamdulillah, majlis berjalan lancar seperti yang dirancangkan dengan konsep sederhana tetapi meriah gitewww.   Lisa tak dapat nak ceritakan setiap majlis satu persatu.  Karang panjang berjela-jela pulak entry kali nih..... Tapi sedikit kronologi sepanjang majlis Lisa sediakan untuk di kongsi ...hehehhe..  Kepada keluarga dan rakan-rakan yang hadir diucapkan jutaan terima kasih.

25/5/2012  
9.00am - 12.30pm
Appointment Spa Keraton Java @ Puri Ayu Beauty Centre, batu 4, Sandakan, Sabah.   Full body massage, scrubs, jacuzzi (mandi bunga), mask dan bertangas.    Best sangat..release segala stress2.  Rasa macam tak nak balik plak..hehehheheh  


2.00pm - 4.00pm
Kenduri kesyukuran dan doa selamat.

8.00pm  - 12.00am (Berinai kecil)
Sazzy Henna datang tepat untuk memasang inai pengantin. Prosesnya mengambil masa lebih kurang satu jam lebih.   Sambil tunggu inai kering, Lisa tengok family member dalam 8 orang  lukis inai jugak by Sazzy Henna.  Rilek jer sazzy henna lukis corak.  tengok macam senang gilerrr... hehheh


26/5/2012 (Nikah & Berinai Besar)
Tepat jam 8.00pm kedengan paluan kompang menandakan kedatangan rombongan pihak lelaki.  Lisa dah siap tunggu kat bilik dengan nervousnya. Alhamdulillah di hadapan keluarga dan rakan-rakan, dengan sekali lafaz,  aku kini menjadi seorang isteri kepada seorang yang ku panggil SUAMI.  


Selepas acara akad nikah,  acara Berinai Besar dimulakan.  Bacaan salawat oleh kaum keluarga dari kedua-dua pihak mengiringi acara merenjis.  Macam-macam karenah lucu sampai Lisa pon dah tak dapat nak kontrol ayu dah atas pelamin. huhuhuhu....

Part paling best malam nih adalah kaum keluarga tak kira tua atau muda tak berhenti-henti 'mengalai'.  Bila dah habis saja upacara merenjis, terus semua nya mengalai di tengah rumah dihadapan pengantin.  Siap dengan pengantin-pengantin kena tarik menari sekali.   Lisa pon apa lagi, join jer lah....

27/5/2012  ( Resepsi)
Walaupun jemputan pada kad jam 7.30pm, tetamu datang seawal 6.30pm.  Perarakan masuk pasangan pengantin diiringi  lagu "A Thousand Years".  sukeeeee.......  



A toast from my dear bro is so sweet and i shed a tears when i saw him crying.  Ayooo... sayang sangat dekat kakak dia nih.  Teringat dekat Ted Mosby from sitcom "How I Met Your Mother".   

Acara malam resepsi antaranya adalah Tarian Sambut Tamu, Tarian 'Tiula Itum', dan Tarian Arab dari Sandakan Performing Arts Group,  Tanyangan slaid Majlis Pernikahan, Upacara Potong Kek, karaoke dan Open floor... hehehheh.. amboi family kedua belah pihak nih kemain enjoy lagi yerrr.   Sungguh-sungguh diorang berjoget malam tu.  Glad diorang have a good time during our wedding... 


29/5/2012
Outdoor photoshoot.... Sneak peak on our outdoor photo... 



2/6/2012 ( Bertingkuang/bertandang)
Majlis berlangsung dari jam 10.00 pagi hinga 5.00 petang.   Pasangan pengantin tiba pada jam 11.30am.   Bila sampai jer tetamu dah ramai dah.  Pasangan pengantin di sambut dengan beras kuning dan doa.  Bila dah duduk di pelamin,  mak mertua dan kakak ipar bagi 'hadiah'.  Mami loike!  Acara merenjis dilakukan oleh keluarga kedua belah pihak.  Sambil merenjis, sesi karaoke dijalankan.  Adik beradik Lisa plak yang conquer karaoke session.  hehhehehhe..








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Blogged.my