Powered by Blogger.
RSS

Welcome To The World.. Allyza Ryscha Binti Rais

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas rezeki yang di berikan.  Lepas 2 minggu lebih balik dari 3rd Honeymoon  kat South Korea, Lisa di sahkan mengandung.  Usia kandungan dalam 2-3 minggu.  Happy yang tak terhingga.  Yeayyyy..!!!!

Pengalaman macam-macam Lisa perolehi tyme mengandung.  Dengan morning sickness, selera makan plak betambah-tambah, macam-macam plak penyakit keluar.  Kerap demam, cerry-berry lagi n sakit-sakit badan sampai admit hospital semalaman. huhuhhuuhu.... Tapi syukurlah berjaya diharungi jugak walaupun kadang-kala mengeluh jugak lah Lisa. Tapi bila fikir baby yg bakal lahir.. di gagahkan juga.  Paling sedih berat Lisa naik mendadak. dari 53kg naik sampai 77kg masa genap 36 minggu. waaa.. penat nak diet taw.


Akhirnya pada 15.5.2014 jam 5.30 petang, Lisa dapati ada cecair mengalir keluar sedikit. Bila check, kencing bukan, keputihan pun bukan.  Nampaknya memang air ketuban lah. Padahal Lisa baru dalam 36 minggu.  Kalau ikutkan due 13.6.2014.... Bila dah kompom air ketuban dah leaking, Lisa pun ready lah semua bag hospital. Nasib dah ready awal-awal. Dalam 7.30 gerak pg hospital.  Doc check belum ada bukaan, tapi kantung baby dah bocor. Sebab tu air ketuban leaking sikit-sikit.  Malam tuh kena admit dah. Sebab doktor kata takut masuk kuman plak....huhuhuhu. tyme ne dh start nebes gilerr..

Lisa masuk wad kelas 2  jerr sebab kelas 1 full house plak. Masa admit nih, langsung xda sakit apa-apa. Cuma air saja yang keluar sikit-sikit. . Bila start tengah malam, mula dah rasa mcm sagit sengugut. Apa lagi Lisa terus download apps Contraction Timer. 30-50 saat selang 5 minit. Makin lama rasa sakit makin kuat. Tenang kan diri dan bernafas dengan perlahan.  Tips dari gentle birthing. Jam 5.30am Lisa dah siap mandi n minum susu. Just in case..... 

Lepas doc round jam 8.00am 16/5/2014 aka Haru Guru, Lisa masuk ke bilik saringan sebab darah dah start keluar dah dan sakit kontraction pun dah kuat. Bukaan dah 3cm. Nurse arahkan balik katil, simpan barang berharga dan standby nak masuk labour room. Balik jak katil, xda maknanya nak standby.. tetiba sakit contraction active labour sua.  Memang mcm nak tercabut saja isi perut tyme tuh. Kelam kabut nurse sorong masuk labour room. huhuhuhuhu... 

Since kat Sandakan nih xda father friendly program dan anternatal course.. Sendiri-sendiri jer dalam labour room. Husband x leh masuk. Tapi memang dah tak ingat dah na panggil husband pun. Dah sakit sangat. Baby nak kuar dah kan... Bila nak deliver, sangat-sangat lah tak reti nak meneran. Asyik salah saja caranya. last-last datang sorang Sister ker midwife , Lisa pun tak tau.. tapi memang otai sungguh. Dia suruh doctor yag handle Lisa pergi attend lain patient. Dia nak ambil alih... sebab katanya denyutan jantung baby dah start tak stabil. Hambek ngko,  sambil Lisa teran, dia tolong tekan perut dari atas, barulah Lisa rasa pergerakan baby ke pintu.  Lepas beberapa kali push, akhirnya kepala baby dah keluar... Tapi tali pusat terlilt kat leher baby lah pulak. Terasa, bila midwife tuh pusing-pusing baby nak leraikan belitan tali pusat. Bila dah ok, baru kena suruh teran kuarkan the rest. fuhh.. Legaaaa bila baby dah kuar.  Alhamdulillah.

Kuar jak baby, terus kena letak kat dada...  Tengok baby dah kaler purple dah. Menangis terus. Maaf kan mummy sayang.. mummy tak pandai teran.. jadi baby lambat kuar.. Then Lisa rasa penat sangat-sangat. Lisa pejam mata sambil tangan peluk baby. Dah tak ambil port dah proses kuarkan uri n darah beku. Cuma masa jahit jer lisa tanya berapa jahitan.  Sister kata koyak sgt kecil,  boleh sembuh sendiri jugak.. tapi sebab bila tekan banyak darah kuar, dia jahit guna jarum paling kecil. 3 jahitan lah kira-kiranya... Dekat jam 10am baru Lisa di hantar kuar dr labour room... Nurse ambil baby bawa pergi jumpa doktor kejap sebab macam banyak bendalir kuar dari mulut. Maybe ada terminum sedikit air ketuban kot. cian kat baby.... Bila sampai kat katil, mak n husband datang. terus nangis..huhuhuu....  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

South Korea Vacations - Part 2 (Seoul) - 3rd Honeymoon

Terasa macam mimpi plak boleh berada di Korea Selatan nih... Yakin sungguh Lisa dan suami explore bandar Seoul & Pulau Jeju walaupun Korean Language setakat anyonghaseyo, kamsahamida, yougi, igo, aneyo & other super basic words.  Tapi yang bestnya... Korean people very the helpful taw. Tanyalah apapun, dorang try bantu.. So walaupun tanpa tour guide, kami dapat pergi ke semua tempat yang kitaorang dah plan. 

Travel di Seoul senang saja.  Cuma guna Subway. Awal-awal lagi Lisa dah download apps JIHACHUL (subway) supaya senang nak travel.  Location n line subway dah google awal2 untuk semua tempat yang kitaorang dah list nak pergi.. hehheheheheh


Day 3  : 17/9/2013 (Selasa)

Sampai jer di Insadong, misi pertama adalah pergi ke Insadong Tourism & Information Centre. Nak pakai busana tradisional korea. hehehheheh... Harus husband xnak pakai baju rakyat jelata.. dia nak pakai baju 'sultan' jak.
\



Insadong street sangat best. Memang tumpuan pelancong. Banyak kedai cenderamata. Siap ada tour guide standby dgn maps yang membantu pelancong.  Lisa dan husband terus jak borong cenderamata.. T-shirt I Love Korea kaler hitam berharga KW5000 saja. beli 20 lebih helai terus.. hehheeh


Balik dari Insadong, kitaorang terus pergi Dongdaemun. Famous sangat tempat nih dalam drama korea.  Macam-macam fesyen baju korea boleh jumpa.  Tapi seriusly, kalau nak beli baju kat sini, beli yang jual kat gerai.  sebabyang dalam building 2x ganda harga benda yang sama.

Day 4  : 18/9/2013 (Rabu)

Misi hari ke-2 di Seoul adalah Nami Island & Petite France.  Kitaorang pergi via subway then naik bas sampai Nami Island.  Suasana cantik, sangat mendamaikan jiwa n sangat romantik.  Since Nami Island ni agak luas, Lisa n Husband decide on Couple Biking. Very the romantic......  Feeling2 winter sonata terus. Antara moment di Seoul yang tidak dapat dilupakan. sangat2 enjoy our quality tyme together.







Bila dah  habis round n snap pic sana sini kat Nami Island, kitaorang pergi Petite France plak.  Tempat running man wat konsert okestra dulu n tempat location drama2 korea mcm Secret Garden n My Love from the Star.  




Day 5  : 19/9/2013 (Khamis)

Dalam jam 9 lebih gitu, kitaorang dah gerak.. sebab nak breakfast kat Hongdae.  Misi nak breakfast di Hello Kitty Cafe, tapi tutup plak. Kitaorang ambil gambar jak lah..huhuhuhu.. Plan B, breakfast di Coffee Prince Cafe. Lokasi drama Coffee Prince. hehehehhe... Masa nih kitaorang sesat sikit kat Hongdae Street, Luckily ada polis peronda yang baik hati.. tumpangkan kitaorang terus ke Coffee Prince Cafe. Excitednya...




Lepas breakfast, Lisa n husband  singgah di Itaewon.  Memang International street.  Macam-macam bangsa ada.... beli cenderamata lagi then bergerak ke myongdong plak.


As Schedule, hari nih kitaorang akan melawat Namsan Tower. Naik subway sampai stesen myongdong then jalan jak ke arah tower.  Bila sampai kat depan pintu masuk, tengok dah ramai orang berbaris. Laaa... rupanya cuti umum 3 hari sempena Autumn. Berejam jugak lah berbaris nak naik cable car.  HUsband ajak naik tangga jak..tapi sungguh x larat. Lisa pakai Ballerina jak. Kalau sport shoe okay jugak...



View dari Namsan Tower sangat cantik... nampak suasana bandar Seoul.  Tapi ramai gilerrr pengunjung hari ni. Semua bangsa ada... kagum tengok warga asing berborak dalam korean language.  Lisa n husband join beli Love Padlock n pasang kat sana. Kunci kitaorang bawa balik n gantung kat keta.  Tiap kali tengok terus teringat kat Seoul... hehehheheh


Balik dari namsan Tower, kitaorang terus pergi ke Namdaemun Market.  dah lewat petang, jadi tak banyak gerai n kedai yang bukak.  Sambung memborong cenderamata lagi...  Myongdong pun banyak kedai yang tutup sebab cuti umum.  hmmm.... jimat sikit. Kalau tak, kompom shopping memanjang.. hehehheh

Day 6  : 20/9/2013 (Jumaat)

Last day jelajah bandar Seoul.  Awal-awal pagi kiraorang melawat Gyeongbokgung Place. Jalan kaki jak dari Insadong. Punya ramai pengunjung. Barisan bapak punya panjang.... Last2 kitaorang give up. Bergambar kat luar2 jak lah. huhuhuhuhuhu.... 




Lepas dari Palace, kitaorang round-round di Gangnam & Cheongdamdong. Sempena cerita Cheongdamdong alice..ahhahahahha.... Wow.. very the elite area nih.  Tempat lain sana sini nampak korean mostly bergerak pakai sporty shoe jak.. tapi dr subway jak dah nampak yang berdress up mcm dalam drama tu.  Wow and wow and wooooow!!!! Sana sini pic sebelum selepas plastic surgery... Very the havoc this area. Mami loike!!!

Sebelum balik hotel, singgah semula ke Dongdaemun. Ada mini konsert lagi depan shopping mall.  Area nih sangat 'hidup' pada waktu malam.  Gerigitan tengok baju-gaju, handbeg, aksessori semua.. 

Day 7  : 21/9/2013 (Sabtu)

Awal-awal lagi dah booked taxi untuk ke Incheon Airport.  huhuhuuh... tak nak balik... Suka sangat bandar nih. Flight ke KL jam 9.30am. Tidur semalam di KL sebelum terus ke Kota Kinabalu esoknya.  Pastu dating ngan husband on the road balik Sandakan. hehehehhe.... penat tetapi berbaloi-baloi gitewww...

Alhamdulillah kami selamat pergi dan selamat balik ke tanahair.  Syukur juga dengan rezeki Allah, 2 minggu balik dari South Korea, Lisa telah disahkan hamil 2 minggu lebih.  hehehhehe... Baby made in Korea lah nampaknya.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Blogged.my