Powered by Blogger.
RSS

Checklist Persediaan Perkahwinan - syokkahwin.com

Checklist adalah perkara paling penting dalam persediaan perkahwinan.   Ia merangkumi semua perkara yang perlu dari seawal 12 bulan sebelum tarikh majlis.  Checklist perkahwinan saya adalah sumbangan Cikgu Yazren Baizura.  Dia mengingatkan saya untuk menyediakan satu buku nota khas untuk mencatat keperluan perkahwinan yang perlu di selesaikan. Thanks to her, saya dapat monitor perjalanan persiapan perkahwinan walaupun tidak berada di Sandakan.

Kepada bakal-bakal pengantin di luar sana, saya  letakkan link Checklist Persediaan Perkahwinan dari syokkahwin.com sebagai panduan.  Ianya lebih lengkap dan mudah dalam format pdf. Thanks a lot to syokkahwin.com bagi checklist nih secara percuma kepada semua bakal pengantin.  So, kepada yang merancang untuk mendirikan rumah tangga jangan segan silu untuk mendownload checklist nih k.  Enjoy checking those list.  :) 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Konsert Gempak Di Ambang 2012 (Rehasel)

My latest show with SPAG is @ Konsert Gempak Di Ambang 2012. And Yes I am a Dancer.  Dancing is my hobby other than reading.   Tapi yang sedihnya, bila posting jauh di negeri orang nih , tak dapatlah nak terlibat secara aktif.  Ala-ala time cuti sekolah jerr dapat join.  Thanks to My GB bagi pelepasan untuk ikut show nih.


SPAG ataupun lebih di kenali sebagai Sandakan Performing Arts Group (previously known as Kumpulan Sri Tari Sandakan) telah lama mencipta nama di Sabah terutamanya di Sandakan.  Kumpulan ini terdiri dari barisan Artis Budaya Tari yang berbakat serta mempunyai komitmen tinggi dalam memperjuangkan bidang kesenian terutamanya seni tari.  Kumpulan ini juga seringkali terlibat dalam mempromosikan tarian-tarian malaysia ke luar negara.



Persembahan pembukaan oleh Sandakan Performing Arts Group (SPAG) iaitu Tarian Overture Rodat - Dia Datang - Zapin Ya Saidi.  Selain dari itu, SPAG juga mempersembahkan Tarian Kreatif Sabah dan Tarian Arab.  Rehasel yang berlangsung pada 30 Disember 2011 di Padang Bandaran Sandakan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Engagement Video


My Engagement Video.   Suasana sekitar majlis pertunangan yang berlangsung di Taman Airport, Sandakan, Sabah.  Videografer amateur nih..hahahah..taken by mobile phone jak compile using Window Movie Maker.  Harapnya Majlis Perkahwinan akan lebih lancar dan meriah dari ini...huhuhuhuh...nervousnyaaa!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Engagement 3/9/11

Majlis pertunangan berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah.. Perancangan nak bertunang dah buat since early 2011. He never held an official stereotype proposal macam yang Awal buat kat Scha but indeed he talked about 'Marrying' since we start declare. hahaha... So, seminggu sebelum meminang his parent datang bertandang untuk 'merisik'. Orang kata semoden-moden kita, adat jangan dilupakan. Restu orang tua dari kedua pihak perlu ada barulah hidup bahagia. hehheheeh..Alhadulillah kata sepakat diperolehi dan tarikh telah di tetapkan. Kaler tema majlis ialah cream-gold manakala pihak lelaki pulak merah (Red is his mum favourite kaler- ada ong katanya).
Jumlah hantaran 21 vs 23 dulang. Kitaorang buat sekaligus saja hantaran nih. Sebab tu yang jadi banyak coz time kahwin nanti tak nak ada barang hantaran lagi. Ada orang bertunang 7 dulang, masa "naik duit" 7 dulang lagi, then kahwin pun ada 7 dulang lagi...masing-masing punya pendapat.
Hantaran pihak lelaki dengan tema merah-putih. Hantaran pihak perempuan dengan tema cream-gold ( tapi mcm dah jadi peach-bronze pulak) hehehehh....
Dais ataupun Pelamin mini pula di buat oleh Johari Andaman yang di reka oleh dearest April and Wandy. Simple saja tapi mami loike! Make-up dan hair-do oleh Johor Make-up Artist.
Time paling mendebarkan tuh masa kena sarung cincin.. segannya dengan bakal mertua nih.
Alhamdulillah Majlis Pertunangan berjalan dengan lancar. Segala perbincangan tentang wang hantaran, belanja tunang, dan tarikh tidak di bincang secara terbuka semasa majlis kerana Ayah serahkan kepada pihak lelaki yang menentukan kemudian. Dan jadilah aku tunang kepada seseorang...hehehhe... terima kasih kepada semua rakan dan keluarga yang hadir.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pekeliling Gaji Baru SSM 2012

Alhamdulillah... Kakitangan awam semua peringkat sudah boleh senyum lega kerana pekeliling yang di tunggu-tunggu telah tiba. Rasanya inilah yang dimaksudkan oleh CUEPACS yang meminta JPA segera keluarkan pekeliling gaji baru. Ni pun saya dapat dari kawan kat FB sebab try cari dekat portal JPA tak jumpa pulak. Tapi jangan salah anggap yer... link ni bukan menunjukkan sifir gaji baru. Tapi hanyalah gaji Maksimum-Minimum bagi semua sektor dan peringkat jawatan serta kenaikan tahunan.

Berikut adalah alamat bagi Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 1 2012 - Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia.


Kalau ada yang yang masih tak faham lagi atau nak tengok jumlah gaji pokok yang akan dapat nanti bolehlah kira kat  kat link ni.  Bawah sekali ada calculator gaji.   


Syukur dengan rezeki Allah. Bila dah naik gaji nih, harap produktiviti dan komitmen terhadap tugas semakin meningkat.  Tak perlu kita nak menilai gaji jawatan ni banyak, gaji jawatan tu sikit, tugas kita berat, tugas depa ringan. Siap nak cop gaji halal dan haram pulak...tak baik tau!  Masing-masing buat kerja sendiri jerr.  Maklumlah kite ni ala-ala semut merah saja.  SAYA YANG MENURUT PERINTAH gitu......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bride to be - Wedding Dress

Pejam celik pejam celik x sangka 56 hari lagi BIG DAY akan berlangsung. 70% stuff alredy done. Excited and nervous at the same time. Oleh kerana kekangan jarak ( almaklumlah kerja jauh) saya ambil full package dari baju pengantin, pelamin (nikah + reseption), make-up, hiasan bilik pengantin dan hiasan hall reception dari butik Johari Andaman with really reasonable price. Paling tak sabar nak tengok ialah baju pengantin. Last school holiday dah balik Sabah untuk ambil ukuran badan. Thanks to Johari Andaman kerana buatkan 3 pasang baju baru untuk majlis nanti. weee...

Okay...Sneak peak kat salah satu design contoh yang digunakan ialah baju pengantin yang digunakan IZARA AISYAH dalam Majalah Pengantin edisi March/April.  Simple and somewhat elegen. Baju yang zara pakai nih ada shade pink, but mine is totally pure white minus the ribbon. Material dia ada ciffon, lace anda satin kot. Tak pasti sebab tak reti sangat pasal kain-kain nih. Selalu pon mana cantik kat mata main beli jerrr..heheheh... Lagi dua baju design pun ambil dr Majalah pengantin jugak tapi tak ingat pulak edisi bulan berapa. Kaler silver grey dan brown (samada light brown ataupun dark brown tak pasti plak hehhehe). Veil pulak buat ala-ala veil ANA RAFALI yang kaler grey tu...nice kan.
Everything dah di tangan tailor. Tiga pasang baju due date siap by April then acara penambahan manik/batu2 ( bukan batu bata taww) beading lah pulak. Bila jauh nih, doa-doa jak secara yang di rancang menjadi. Tak dapat kita nak monitor selalu kan.. Sedeyyy...! Anyway saya serahkan kepada kepakaran Johari Andaman untuk uruskan semuanya. Baju pengantin on progress tapi masalah sekarang kasut pengantin belum beli lagi..hahahhaa.. Tak tau nak decide beli silver kah putih??? Shoe hunting lah nih... kalau tak jumpa jugak.. pejam mata jerr pastu pergi bridal collection dekat Lea Centre kat Sarawak Plaza. huuhuhu....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Blogged.my