Powered by Blogger.
RSS

Engagement 3/9/11

Majlis pertunangan berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah.. Perancangan nak bertunang dah buat since early 2011. He never held an official stereotype proposal macam yang Awal buat kat Scha but indeed he talked about 'Marrying' since we start declare. hahaha... So, seminggu sebelum meminang his parent datang bertandang untuk 'merisik'. Orang kata semoden-moden kita, adat jangan dilupakan. Restu orang tua dari kedua pihak perlu ada barulah hidup bahagia. hehheheeh..Alhadulillah kata sepakat diperolehi dan tarikh telah di tetapkan. Kaler tema majlis ialah cream-gold manakala pihak lelaki pulak merah (Red is his mum favourite kaler- ada ong katanya).
Jumlah hantaran 21 vs 23 dulang. Kitaorang buat sekaligus saja hantaran nih. Sebab tu yang jadi banyak coz time kahwin nanti tak nak ada barang hantaran lagi. Ada orang bertunang 7 dulang, masa "naik duit" 7 dulang lagi, then kahwin pun ada 7 dulang lagi...masing-masing punya pendapat.
Hantaran pihak lelaki dengan tema merah-putih. Hantaran pihak perempuan dengan tema cream-gold ( tapi mcm dah jadi peach-bronze pulak) hehehehh....
Dais ataupun Pelamin mini pula di buat oleh Johari Andaman yang di reka oleh dearest April and Wandy. Simple saja tapi mami loike! Make-up dan hair-do oleh Johor Make-up Artist.
Time paling mendebarkan tuh masa kena sarung cincin.. segannya dengan bakal mertua nih.
Alhamdulillah Majlis Pertunangan berjalan dengan lancar. Segala perbincangan tentang wang hantaran, belanja tunang, dan tarikh tidak di bincang secara terbuka semasa majlis kerana Ayah serahkan kepada pihak lelaki yang menentukan kemudian. Dan jadilah aku tunang kepada seseorang...hehehhe... terima kasih kepada semua rakan dan keluarga yang hadir.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Blogged.my