Powered by Blogger.
RSS

South Korea Vacations - Part 2 (Seoul) - 3rd Honeymoon

Terasa macam mimpi plak boleh berada di Korea Selatan nih... Yakin sungguh Lisa dan suami explore bandar Seoul & Pulau Jeju walaupun Korean Language setakat anyonghaseyo, kamsahamida, yougi, igo, aneyo & other super basic words.  Tapi yang bestnya... Korean people very the helpful taw. Tanyalah apapun, dorang try bantu.. So walaupun tanpa tour guide, kami dapat pergi ke semua tempat yang kitaorang dah plan. 

Travel di Seoul senang saja.  Cuma guna Subway. Awal-awal lagi Lisa dah download apps JIHACHUL (subway) supaya senang nak travel.  Location n line subway dah google awal2 untuk semua tempat yang kitaorang dah list nak pergi.. hehheheheheh


Day 3  : 17/9/2013 (Selasa)

Sampai jer di Insadong, misi pertama adalah pergi ke Insadong Tourism & Information Centre. Nak pakai busana tradisional korea. hehehheheh... Harus husband xnak pakai baju rakyat jelata.. dia nak pakai baju 'sultan' jak.
\



Insadong street sangat best. Memang tumpuan pelancong. Banyak kedai cenderamata. Siap ada tour guide standby dgn maps yang membantu pelancong.  Lisa dan husband terus jak borong cenderamata.. T-shirt I Love Korea kaler hitam berharga KW5000 saja. beli 20 lebih helai terus.. hehheeh


Balik dari Insadong, kitaorang terus pergi Dongdaemun. Famous sangat tempat nih dalam drama korea.  Macam-macam fesyen baju korea boleh jumpa.  Tapi seriusly, kalau nak beli baju kat sini, beli yang jual kat gerai.  sebabyang dalam building 2x ganda harga benda yang sama.

Day 4  : 18/9/2013 (Rabu)

Misi hari ke-2 di Seoul adalah Nami Island & Petite France.  Kitaorang pergi via subway then naik bas sampai Nami Island.  Suasana cantik, sangat mendamaikan jiwa n sangat romantik.  Since Nami Island ni agak luas, Lisa n Husband decide on Couple Biking. Very the romantic......  Feeling2 winter sonata terus. Antara moment di Seoul yang tidak dapat dilupakan. sangat2 enjoy our quality tyme together.







Bila dah  habis round n snap pic sana sini kat Nami Island, kitaorang pergi Petite France plak.  Tempat running man wat konsert okestra dulu n tempat location drama2 korea mcm Secret Garden n My Love from the Star.  




Day 5  : 19/9/2013 (Khamis)

Dalam jam 9 lebih gitu, kitaorang dah gerak.. sebab nak breakfast kat Hongdae.  Misi nak breakfast di Hello Kitty Cafe, tapi tutup plak. Kitaorang ambil gambar jak lah..huhuhuhu.. Plan B, breakfast di Coffee Prince Cafe. Lokasi drama Coffee Prince. hehehehhe... Masa nih kitaorang sesat sikit kat Hongdae Street, Luckily ada polis peronda yang baik hati.. tumpangkan kitaorang terus ke Coffee Prince Cafe. Excitednya...




Lepas breakfast, Lisa n husband  singgah di Itaewon.  Memang International street.  Macam-macam bangsa ada.... beli cenderamata lagi then bergerak ke myongdong plak.


As Schedule, hari nih kitaorang akan melawat Namsan Tower. Naik subway sampai stesen myongdong then jalan jak ke arah tower.  Bila sampai kat depan pintu masuk, tengok dah ramai orang berbaris. Laaa... rupanya cuti umum 3 hari sempena Autumn. Berejam jugak lah berbaris nak naik cable car.  HUsband ajak naik tangga jak..tapi sungguh x larat. Lisa pakai Ballerina jak. Kalau sport shoe okay jugak...



View dari Namsan Tower sangat cantik... nampak suasana bandar Seoul.  Tapi ramai gilerrr pengunjung hari ni. Semua bangsa ada... kagum tengok warga asing berborak dalam korean language.  Lisa n husband join beli Love Padlock n pasang kat sana. Kunci kitaorang bawa balik n gantung kat keta.  Tiap kali tengok terus teringat kat Seoul... hehehheheh


Balik dari namsan Tower, kitaorang terus pergi ke Namdaemun Market.  dah lewat petang, jadi tak banyak gerai n kedai yang bukak.  Sambung memborong cenderamata lagi...  Myongdong pun banyak kedai yang tutup sebab cuti umum.  hmmm.... jimat sikit. Kalau tak, kompom shopping memanjang.. hehehheh

Day 6  : 20/9/2013 (Jumaat)

Last day jelajah bandar Seoul.  Awal-awal pagi kiraorang melawat Gyeongbokgung Place. Jalan kaki jak dari Insadong. Punya ramai pengunjung. Barisan bapak punya panjang.... Last2 kitaorang give up. Bergambar kat luar2 jak lah. huhuhuhuhuhu.... 




Lepas dari Palace, kitaorang round-round di Gangnam & Cheongdamdong. Sempena cerita Cheongdamdong alice..ahhahahahha.... Wow.. very the elite area nih.  Tempat lain sana sini nampak korean mostly bergerak pakai sporty shoe jak.. tapi dr subway jak dah nampak yang berdress up mcm dalam drama tu.  Wow and wow and wooooow!!!! Sana sini pic sebelum selepas plastic surgery... Very the havoc this area. Mami loike!!!

Sebelum balik hotel, singgah semula ke Dongdaemun. Ada mini konsert lagi depan shopping mall.  Area nih sangat 'hidup' pada waktu malam.  Gerigitan tengok baju-gaju, handbeg, aksessori semua.. 

Day 7  : 21/9/2013 (Sabtu)

Awal-awal lagi dah booked taxi untuk ke Incheon Airport.  huhuhuuh... tak nak balik... Suka sangat bandar nih. Flight ke KL jam 9.30am. Tidur semalam di KL sebelum terus ke Kota Kinabalu esoknya.  Pastu dating ngan husband on the road balik Sandakan. hehehehhe.... penat tetapi berbaloi-baloi gitewww...

Alhamdulillah kami selamat pergi dan selamat balik ke tanahair.  Syukur juga dengan rezeki Allah, 2 minggu balik dari South Korea, Lisa telah disahkan hamil 2 minggu lebih.  hehehhehe... Baby made in Korea lah nampaknya.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Anonymous said...

assalam anniliza, boleh share itinerary and total cost ke email sy x? andreisyafiq@gmail.com

Post a Comment

Blogged.my