Its 26 days to go to "sebelum aku terima nikahnya.." hehehhe. As schedule, kelmarin aka 28/5/2012 Lisa dan Yazren pergi ke sempadan Kuching-Kalimantan @ Kg. Serikin untuk hunt Kipas Jawa. Kitaorang bertolak seawal 7.30am . Penat sebab tak cukup tidur. Maklumlah sebelum tuh tidur semalam dekat Kem Askar Muara Tuang menemankan bebudak tahun 6 Kem Motivasi UPSR. Lisa drag yazren sekali join. Walaupun Yazren bukan guru kat SKMJDI, namun ke'sporting'an beliau boleh jerr join guru-guru..siap jadi fasilitator lagi. Thanks babe..
Ok berbalik dengan Serikin, kitaorang sampai almost 9.00am. Selalu nya 1 jam dah boleh sampai dah tapi oleh kerana Lisa nih driver terlebih berhemah, maka sampainya lewat sket..hehehhe..Masih belum ramai lagi orang masa tuh, parking pon senang gaks.
Dalam cuaca yang panas tuh, kami memulakan pencarian. Alhamdulillah banyak gilerrrrr kipas jawa di sana. Harga jer berbeza dengan antara setiap gerai. Bila tanya harga 1pcs = rm3.00/ 2pcs = RM5.00. Amboi... mahal pulak. Tapi runding punya runding paling pun diorang boleh bagi dalam RM1.30/pcs. hmm.. Yazren kata kita servay lagi kat gerai lain kalau tak jumpa baru patah balik..ok bosss!
Then kitaorang sampai dekat satu gerai jual ukiran kayu al-quran. Dia jual selonggok jer kipas jawa. Kraftangan lain xda pulak. Bila tanya harga mula-mula sama jerr pakcik tu bukak harga. Pastu dia reduce harga RM1.50 kalau beli 100 pcs.
Lisa kata nak beli 400pcs, pakcik tuh buat muka tak percaya pulak..hehheheh..kitaorang try runding harga minta seringgit satu. Pakcik tu siap keluar handphone kira untung dulu.. then tiba-tiba dia cakap "OK". Lisa pulak mcm tak percaya..hehehhehe! Tapi pakcik tu pesan tak boleh bagitau peniaga lain...hahhahha! Takut katanya peniaga lain marah sebab dia reduce harga banyak sangat. Apapaun bersyukur sangat. Dapat beli kipas jawa dengan harga RM1. Jangan jeles yerrr....hehehhe. Mission accomplished! yeay me!
Sampai licin stok pakcik tuh kitaorang borong....hehehhe
Bila dah deal dan bagi deposit, kitaorang pergi melawat ke gerai-gerai lain dulu. Bila nak balik baru singgah ambil barang.
Love the pattern...
Banyak gerai best-best. Kain ela, baju kurung/jubah/kaftan/kebaya siap, langsir semuanya murah-murah. Rambang mata jugak lah.. heheh..
Kipas Jawa yang Lisa dah beli. RM1 jerrr..
400 pcs Kipas Jawa :)
Letak riben as finishing ok tak??
Alhamdulillah...bersyukur sangat-sangat kerana dah selesai urusan pencarian doorgift nih. Kepada yang bride to be yang ada di area kuching, sarawak yang berminat nak beli Kipas Jawa, Lisa ada simpan contact number pakcik yang super baik hati tu. Boleh jer pass dekat korang. Dia cakap gaks kalau nak tempah lagi, kol jerrr... hehehhe... Semoga Pakcik Dalimi of Serikin di murahkan rezeki, dipanjangkan usia di kurniakan kesihatan dan kebahagian hidup dunia akhirat... amin...
Beautiful girl inside and outside...
Dan perhargaan tak terhingga kepada dearest Yazren atas kebaikan hati beliau menemankan, memberi pandangan/buah fikiran dan kesanggupan untuk mengangkat 200pcs kipas jawa tuh..isk! terharunyerrr.... rasa bersalah sangat sebab mcm dah menyusahkan pulak... Neway babe, hope you'll be bless with lots of prosperity and happiness forever... Hanya Allah yang dapat membalas jasa baikmu.... Thanks again dear..
2 comments:
Amin. I wish the same for u. It was my pleasure babe. Had a blast weekend. As I wouldn't be able to be there for ur big day, this is my way of being a part of it. You were there during my wedding preparations, so I'm doing the same for u. ;) xx
Thanks for the wish dear.
Post a Comment