Powered by Blogger.
RSS

Why Judge? Helah Bela Diri?

"Judging someone doesn't define who they are, it define WHO you are" - @ItsLifeNotes

Judge? Hakim? hehehhe... recently semua orang nak jadi tuan/puan hakim.  We tend to Judge everything.  dari hujung rambut hhingga hujung kaki, dari apa yang orang lain ada sampai yang orang lain tak ada, dari yang hidup sampai dah meninggal pon kita hakimi jugak.  Kalau setakat judge dalam hati xpalah jugak. Ni ada yang direct sound, ada pulak yang jenis sindir-sindir, ada jugak yang main tulis kat fb/twitter nak bagi orang terasa.  Paling best siap canang lagi kat orang-orang.  Persoalan saya di sini ialah WHY JUDGE? 

Pemahaman Lisa dari aspek psychology, setiap manusia mempunya mekanisme Helah Bela Diri.  Helah Bela Diri bermaksud usaha tanpa sedar oleh seseorang bagi mempertahankan ancaman dan kebimbangannya.  Terdapat dua jenis yang utama iaitu Helah Bela Diri Aktif dan Hela bela Diri Pasif.  Hela bela diri pasif amnya tidak melibatkan orang ketiga jadi kita cuba fokus kepada helah bela diri aktif saja.  

Jenis - jenis Helah Bela Diri Aktif :-
  • Sublimasi - Cara sesorang menyalurkan kekecewaan/ kekurangan dengan aktiviti yang sihat.
  • Rasionalisasi - Penjelasan yang dilakukan bertujuan menyembunyikan maksud sebenar demi menjaga ego dan harga diri.
  • Pemindahan - .Memindahkan perasaan kurang manis daripada sesuatu  kepada sesuatu lain yang boleh menerimanya.
  • Projeksi - Membalikkan kelemahan yang ada pada dirinya dengan orang lain.  Ni jenis yang asyik cari kelemahan orang sebab nak tutup kelemahan diri.
  • Introjeksi - Menerapkan dalam jiwanya tentang ciri-ciri orang lain yang disanjungi.
  • Pembentukan Reaksi - Menafikan semua keinginan diri dengan melakukan yang bertentangan.
  • Kompetensi - Melakukan aktiviti yang hampir sama dengan tujuan menggantikan dengan aktiviti yang tidak dapat dilakukan.  

Setiap kita, mengaku atau tidak mengunakan lebih dari satu mekanisme di atas. Samada judge ataupun being judged.  So, kita tergolong di mana?  Jadi sebelum kita mula nak menghakimi orang lain, fikir-fikir lah dulu.   Jangan sampai nampak sangat Helah Bela Diri kiter tu yer.   Everybody knows that no body is perfect.  Bak kata nabil - Lu Pikir lah sendiri! heheheh....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Blogged.my