Powered by Blogger.
RSS

Bride To Be - Upacara Naik Duit

Sepatutnya Lisa tulis entry nih lepas engagement. Kemudian baru ble tulis tentang wedding dress, cards dan doorgift kan... nih dah mix up dah ne. hehehehehe... Sebenarnya tak pasti nak tulis ke tak pasal upacara nih sebab lain orang lain penerimaannya. Ada yang terima baik, ada pulak yang terima tak baik. Tapi Lisa tulis sajalah sebab dah namanya wedding preparation kan?  Bagi orang-orang berada memang tak kisah lah nak ber'naik-naik' duit bagai nih.  Tapi untuk yang golongan biasa-biasa nih, istilah wang hantaran/berian kahwin adalah untuk perbelanjaan majlis  kata orang nak buat majlis besar, tinggilah wang hantarannya, kalau nak buat majlis kecil, rendahlah hantarannya.

Upacara Naik Duit nih,  ikutlah kebiasaan masing-masing.  Bila dah moden nih, macam-macam cara boleh guna.  Kalau tak nak buat majlis boleh bank in saja.  Senang cerita.  Ada pulak wang hantaran masa kahwin baru beri.  Tapi Bapa Lisa nih yang selalunya sporting, tapi bab urusan kahwin strict gilerr.  Mesti ikut prosedur katanya.  Dengan muka garangnya dia bagi nasihat cam nih 

" Anak dara tak boleh nak sibuk urus majlis kahwin kalau pihak lelaki belum 'naik duit lagi'. huh!"  

Pastu dekat pihak lelaki pulak di bagitau  :

"Saya tak mau minta berapa jumlah untuk wang hantaran, terpulanglah kepada pihak lelaki mo hantar berapa.  Kita terima saja."  lain harinya dia bagitau lagi.. nih yang paling best . dia bgtau...

"Saya harap tak perlulah nak buat majlis besar-besar sangat... Orang-orang tau jugak diorang nih bukan anak YB. Buat lah sederhana sahaja.".... 

Kita ikutlah keinginan Ibubapa, kalau kata ikut prosedur..ikutlah . Jangan nak degil. heheheh So, pada 11 Mac 2012 jam 2.00pm,  Upacara Naik Duit berlangsung. Kita buat simple jerr.  Ala-ala untuk cukupkan syarat . Itupun kejap saja. Tak sampai sejam rasanya. Lisa time tuh tak boleh keluar kat ruang tamu, kena duduk dapur jerr.. nak mengintai pon tak boleh. hehehhe... Nervous jugak kan....

Kalau dulu-dulu, wang hantaran di gubah menjadi bunga, menjadi masjid, menjadi bentuk haiwan.. Adakah bentuk haiwan? heehehe..tapi kali nih, pihak lelaki letak dalam album gambar.  Takut rosak katanya duit kalau dilipat-lipat.  hmmm..mana-manalah.  Cuma lucu bila teringatkan bakal mertua punya statement..

"Cuba check album tuh betul-betul. Manatau bukan duit kat dalam, sekalinya gambar kat SEPILOK".


hehehhe... apapun bersyukur upacara berjalan dengan lancar. Wang hantaran yang di terima berjumlah RM17 793 bagi mak yang simpan.  Sebab segala urusan majlis perkahwinan mesti melalui mak. Habis satu step, pastu baru dapat kebenaran untuk uruskan majlis kahwin. Alhamdulillah...... Semoga yang dirancang akan berjalan lancar tanpa halangan.  dan semoga Allah permudahkan segala urusan..Amin..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

milan said...
This comment has been removed by the author.
Anniliza Binti Mohd Isa said...

Thanks.... :)

Post a Comment

Blogged.my