Powered by Blogger.
RSS

PTPTN vs MAHASISWA (Song - Pulangkan)

Akhir-akhir nih kecoh isu nak MANSUH kan PTPTN.  300 orang Mahasiswa siap demo sana sini.  Ada yang setuju dengan tindakan mereka ada yang tidak.  Masing-masing punya pendapat.  Tapi just for fun, Lisa dapat lagu nih dari FB senior UKM.  Tak tahu pulak siapa pengubah suai lirik nih...tapi memang best. hehehhe....


Soal hutang-hutang nih Lisa selalu cakap memang sensitif.  Tak kisalah sesama individu kah dengan PTPTN kah.  Apa yang pastu selagi nama hutang, perlulah di bayar.  Lisa wat potongan gaji jerr..tak yah pening-pening nak fikir.  Dah reduce interest dari 3% ke 1% kira oklah.  Ingat dulu, klu takda PTPTN nih, kompom tak habis study punya sebab family tak mampu.  100% perbelanjaan depend ngan duit PTPTN.  Itupun sebenarnya tak cukup.  Asal cuti sem jerr ikut kawan kerja kilang.  Then masa kuliah, ambil parttime kat Deli-france dan menari.  huhuuhuhu...sedey....

Education free?Macam kat KPLI dulu, yuran KPLI free dapat elaun lagi RM1300 satu sem.    Still tak cukup untuk perbelanjaan satu sem. Beribu jugak duit mak bapak keluar.  Let say, government boleh bagi free yuran pengajian, hostel dan duit buku.    Tapi ikut pengalaman, keperluan study bukan setakat tu jerr, duit makan, belanja alat tulis, fieldwork lagi, thesis lagi, perbelanjaan untuk kertas/printing/binding assignment. Transport nak buat kajian lagi. belum lagi kalau nak buat baju fakulti lah, yuran persatuan lah, macam-macam aktiviti sampingan yang memerlukan duit. Even kalau government bagi elaun RM1000 tiap sem pun masih tak cukup.  Tetap akan perlu dana tambahan.  Mustahil untuk kerajaan bagi yang pakej free yang lengkap.   In the End, kena cari dana tambahan jugak demi segulung Ijazah.  So fikir-fikirkanlah.... 

Siapa yang tak seronok kalau hutang tak perlu bayar.....  Semua orang suka kalu benda free... Tapi bagi Lisa, Saya bayar yang saya hutang bukan untuk kepentingan kerajaan tapi untuk kegunaan adik-adik bakal mahasiswa yang belajar dengan niat mengubah nasib keluarga.  

So, peringatan kepada adik-adikku yang tengah study, tak yah nak demo2.  Balik kampus belajar biar dapat 1st class degree. jadi tak yah fikir nak bayar PTPTN...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Blogged.my