47 days to go and yes, I'll become 30 yrs old this year. In fact i'll be married exactly 3 days after my 30th birthday and proud of it. People often said to me, better get married early or else i'll be labelled ANDARTU. Or best of it I'm Out of Calender. Say what??? hahahah..... All I can say to those people is:
"Jodoh, pertemuan Allah yang tentukan". Kalau 'seru' sampai maka kahwinlah saya.
I don't need to rush doing stuff i'm not even ready mentally. I've been in relationship for 4 years with this amazing man and thanks to him for waiting patiently for me throughout this years. There's more in 'Married Life' than just love even though they said love can overcome everything. But love don't put food at the table. Love don't pay the bills. And love don't runs the car.
Kelebihan kahwin lewat (ade ker? Ni sesaja jer tau, bukan kajian atau apa, just pendapat Lisa saja. remember, lain orang lain pendirian. Yang tak setuju, jangan marah plak. ) :
- Kedua-dua dah bekerja jadi soal kehidupan selepas berkahwin ringan.
- Matang - Segala masalah boleh di bincang dan ditangani dengan baik. Tak perlu nak baling pinggan mangkuk sume..
- Majlis kahwin - Semua pakai duit sendiri. Tak perlu menyusahkan Ibubapa. Sebab dari mula bercinta si Dia dah start saving.
- Parent tak risau sebab dah besar.
- Sedar tanggungjawab masing-masing. Dah 30 tahun, kalau masih tak tau tanggungjawab menjadi isteri/suami, tak tau nak kata apalah .... heheheh
Ada orang cakap berkahwinlah awal untuk kurangkan maksiat, jangan bercinta lama-lama. Betul! Itu kalau yang bercinta kerana nafsu. Sedangkan semua orang tahu yang terbaik adalah bercinta dan berkahwin kerana Allah. Ala-ala "ku pinang kau dengan Bismillah". Ada pulak kata bercinta lepas kahwin lebih baik. Tak perlu kenal hati budi dulu takut terjebak ke arah maksiat. Kepada mereka yang boleh terima 'stranger' dengan mudah. Grats and good luck! But for me, I don't.
But the main reason, Lisa nak bahagiakan parents dulu. Seboleh-bolehnya nak tunaikan impian parent. Maklumlah kita bukan orang senang. Harapan Ibubapa mendidik kita agar dapat mengubah kehidupan keluarga. Ingat lagi 1st time hulur duit gaji kat mum, berlinang air mata mak. Dapat juga dia merasa hasil keringat anak dia. Hasil susah payahnya betahun-tahun membesarkan, menyekolahkan dan mendidik anaknya. Lisa jenis percaya, kalau kita berkorban untuk Ibubapa, hidup pasti akan bahagia. Alhamdulillah adik-beradik pun bila dah dapat kerja, semuanya utamakan Ibubapa. Takda seorang pon yang sibuk kata nak kahwin, walaupun masing-masing dah ada pilihan hati dan dah berada di akhir 20-an. heheheh...Tapi lepas dah beberapa tahun kerja, diorang dah queue lepas Lisa kahwin, baru giliran diorang. Taknak potong barisan katanya. Good boy!
Kepada yang belum bertemu jodoh, bersabarlah. Umur hanya angka. Kalau kita bijak jaga kesihatan dan penampilan, tak nampak jugak tuh. Tak perlu nak kelam kabut hanya kerana takutkan istilah ANDARTU. Tunaikan kewajipan kepada orang tua. Allah maha melihat, Insyaallah jika kita berusaha membahagiakan Ibubapa, Anda juga pasti akan bahagia kelak. Amin.
and yeay! I'm married in 30s. So WHAT?!!!
and yeay! I'm married in 30s. So WHAT?!!!
5 comments:
tahniah. other people doesnt matter :)
heheh..thankss.
Pedulikan apa orang kata, pada aku kahwin lewat lagi best dari kahwin muda, bukan apa kahwin muda nanti nyesal tak sudah! Kenapa? aku ada 3-4 orang kawan termasuklah aku kata macam ni. Sebabnya bila kahwin muda, contohnya pada usia 21 tahun, baru beberapa tahun kahwin, terserempak pula dengan awek @ balak lama, so, nak patah balik tak boleh, terlajak kereta boleh undur, terlajak kahwin, takkan korang nak bercerai pulak, (yang ada dah anak Macamana) lepas tu kahwin dgn awek @ balak lama korang tu. Lagi sekali kena keluar belanja hantaran, kalau kaya tak pe juga.
betul... biarlah bersedia betul2 sebelum nak kahwin kan. tak perlu kelam kabut.... matangkan fikiran dan pilih calon yang benar-benar sesuai.
terima kasih perkongsain ini..
Post a Comment