Powered by Blogger.
RSS

Bride To Be - Wedding Shoes


My wedding shoes... I called it just my luck.  Thanks to the Mrs. Mall Guru for knowing exactly where the sales is.  By the time nak beli kasut kahwin, LEA Centre sale 1/2 price.  Mula2 servay kat Lea Centre Giant, Kuching.  Tapi tak banyak choice. Banyak pon stok lama.  Ada pattern cantik tapi heel just 2 inch saja.   hmm.. Ingatkan maybe next week baru turun sendiri servay.  


But then on Sunday, Yazren ajak pergi Lea Centre Sarawak Plaza.  Wow..lotso choice.  Mami loike!! cari punya cari terpikat dengan this particular heels Simple Silver.  5 inch Emilio Valentino.   



Malangnya  yang tinggal hanya 1 gold kaler size 4 (yazren dah booked) dan silver size 3. hmmm.. and i'am size 5.  Try to squeeze in to size 3..  Sempit sket but ok kot..  hehhe..  Oleh kerana 1/2 price .. beli jerrlah.  so sekarang tengah berusaha mengembangkan kasut tu.. heheh





Another list checked.  Alhamdulillah.... Love the shoes..Love the pattern..  for 5inch heels this quit comfortable.  Tak sakit kaki pon... heheh.. cuma berdoa saja nih..harap janganlah terjatuh nanti masa 'grand entrance'..hehehhehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bride To be - Solemnization Favors


This entry i would like to talk more about doorgift/favors.  Kipas Jawa yang di beli di Serikin adalah untuk Majlis Resepsi on 27/5/2012.  Badan masih rasa jugaklah lenguhnya sampai ke hari ni.  Kalau ikut perancangan asal, Majlis Pernikahan akan berlangsung pada pagi 27/5 sekaligus bersanding. tapi atas request pihak lelaki, maka Majlis Pernikahan diawalkan ke Malam Berinai.  Kiranya nikah dulu kemudian berinai bersama pasangan kot... aiiiseh..segan plak!

Bunga Telur Gantung

Doorgift Majlis Nikah Lisa nak guna tradisional favors iaitu bunga telur.  Seriously kadang-kadang memang teringin nak rasa bunga telur pengantin tiap kali pergi ke majlis perkahwinan. sebab sekarang dah tak banyak orang nak bagi bunga telur. Pernah terbaca kat magazine yang rasa telur pengantin ni sedap.  Tang mana sedapnya.Lisa tak pasti.  

My Engagement Cuppies

Task bunga telur nih Lisa serahkan kepada adik lelaki 1st.  Dia sponser.. Boleh-bolehnya dia prank Lisa kata dah terbeli kotak kecil untuk isi telur.  Bila Lisa cakap tu kotak telur bukan bunga telur...dia ble jawab pulak.. tu kat kotak ada gambar bunga jugak... saspen jap weii..! I prefer bunga telur gantung banding yang pakai lidi.  So yesterday my bro dah beli 100pcs bunga telur kaler purple.  Katanya harga dalam RM68/box of 50pcs.   Ok lah tuh..


Tiramisu by Ros Q

2nd favors planned is cupcakes.  Favors masa engagement   hari tu, cupcakes by My 2nd bro GF , Rostinawaty Q .  Cuma tertinggal coklat filling.. heheh.. but still ok.. laku jer cuppies tu macam pisang goreng panas.  Nasib baik kitaorang dah cukai 10 bijik awal-awal. hehheheh...  Ingatkan nak cuppies jugak lagi time nikah nanti but then change of plan.  So, for my solemnization, those two lovebird going to sponser 100pcs Tiramisu.   Cheese with coffee flavour..sound yummie... hehhehe... Thans y'll...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bride To Be - Kipas Jawa

Its 26 days to go to "sebelum aku terima nikahnya.." hehehhe.  As schedule, kelmarin aka 28/5/2012 Lisa dan Yazren pergi ke sempadan Kuching-Kalimantan @ Kg. Serikin untuk hunt Kipas Jawa.  Kitaorang bertolak seawal 7.30am .  Penat sebab tak cukup tidur. Maklumlah sebelum tuh tidur semalam dekat Kem Askar Muara Tuang menemankan bebudak tahun 6 Kem Motivasi UPSR.  Lisa drag yazren sekali join. Walaupun Yazren bukan guru kat SKMJDI, namun ke'sporting'an beliau boleh jerr join guru-guru..siap jadi fasilitator lagi. Thanks babe..

Ok berbalik dengan Serikin, kitaorang sampai almost 9.00am.  Selalu nya 1 jam dah boleh sampai dah tapi oleh kerana Lisa nih driver terlebih berhemah, maka sampainya lewat sket..hehehhe..Masih belum ramai lagi orang masa tuh, parking pon senang gaks. 

Dalam cuaca yang panas tuh, kami memulakan pencarian.  Alhamdulillah banyak gilerrrrr kipas jawa di sana.  Harga jer berbeza dengan antara setiap gerai.  Bila tanya harga 1pcs =  rm3.00/ 2pcs = RM5.00.  Amboi... mahal pulak.  Tapi runding punya runding paling pun diorang boleh bagi dalam RM1.30/pcs.  hmm.. Yazren kata kita servay lagi kat gerai lain kalau tak jumpa baru patah balik..ok bosss! 

Then kitaorang sampai dekat satu gerai jual ukiran kayu al-quran.  Dia jual selonggok jer kipas jawa.  Kraftangan lain xda pulak.  Bila tanya harga mula-mula sama jerr pakcik tu bukak harga.  Pastu dia reduce harga  RM1.50 kalau beli 100 pcs. 


Lisa kata nak beli 400pcs, pakcik tuh buat muka tak percaya pulak..hehheheh..kitaorang try runding harga minta seringgit satu.  Pakcik tu siap keluar handphone kira untung dulu.. then  tiba-tiba dia cakap "OK".  Lisa pulak mcm tak percaya..hehehhehe!   Tapi pakcik tu pesan tak boleh bagitau peniaga lain...hahhahha! Takut katanya peniaga lain marah sebab dia reduce harga banyak sangat.  Apapaun bersyukur sangat.  Dapat beli kipas jawa dengan harga RM1.  Jangan jeles yerrr....hehehhe.  Mission accomplished! yeay me!

Sampai licin stok pakcik tuh kitaorang borong....hehehhe


Bila dah deal dan bagi deposit, kitaorang pergi melawat ke gerai-gerai lain dulu.  Bila nak balik baru singgah ambil barang.  


Love the pattern...

Banyak gerai best-best.  Kain ela, baju kurung/jubah/kaftan/kebaya siap, langsir semuanya murah-murah.  Rambang mata jugak lah.. heheh.. 

 Kipas Jawa yang Lisa dah beli.  RM1 jerrr..

 400 pcs Kipas Jawa  :)

 Letak riben as finishing ok tak??

Alhamdulillah...bersyukur sangat-sangat kerana dah selesai urusan pencarian doorgift nih.  Kepada yang bride to be yang ada di area kuching, sarawak yang berminat nak beli Kipas Jawa, Lisa ada simpan contact number pakcik yang super baik hati tu.  Boleh jer pass dekat korang.  Dia cakap gaks kalau nak tempah lagi, kol jerrr... hehehhe...  Semoga Pakcik Dalimi of Serikin di murahkan rezeki, dipanjangkan usia di kurniakan kesihatan dan kebahagian hidup dunia akhirat... amin...

Beautiful girl inside and outside...

Dan perhargaan tak terhingga kepada dearest Yazren atas kebaikan hati beliau menemankan, memberi pandangan/buah fikiran dan kesanggupan untuk mengangkat 200pcs kipas jawa tuh..isk! terharunyerrr.... rasa bersalah sangat sebab mcm dah menyusahkan pulak... Neway babe, hope you'll be bless with lots of prosperity and happiness forever... Hanya Allah yang dapat membalas jasa baikmu.... Thanks again dear..







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PTPTN vs MAHASISWA (Song - Pulangkan)

Akhir-akhir nih kecoh isu nak MANSUH kan PTPTN.  300 orang Mahasiswa siap demo sana sini.  Ada yang setuju dengan tindakan mereka ada yang tidak.  Masing-masing punya pendapat.  Tapi just for fun, Lisa dapat lagu nih dari FB senior UKM.  Tak tahu pulak siapa pengubah suai lirik nih...tapi memang best. hehehhe....


Soal hutang-hutang nih Lisa selalu cakap memang sensitif.  Tak kisalah sesama individu kah dengan PTPTN kah.  Apa yang pastu selagi nama hutang, perlulah di bayar.  Lisa wat potongan gaji jerr..tak yah pening-pening nak fikir.  Dah reduce interest dari 3% ke 1% kira oklah.  Ingat dulu, klu takda PTPTN nih, kompom tak habis study punya sebab family tak mampu.  100% perbelanjaan depend ngan duit PTPTN.  Itupun sebenarnya tak cukup.  Asal cuti sem jerr ikut kawan kerja kilang.  Then masa kuliah, ambil parttime kat Deli-france dan menari.  huhuuhuhu...sedey....

Education free?Macam kat KPLI dulu, yuran KPLI free dapat elaun lagi RM1300 satu sem.    Still tak cukup untuk perbelanjaan satu sem. Beribu jugak duit mak bapak keluar.  Let say, government boleh bagi free yuran pengajian, hostel dan duit buku.    Tapi ikut pengalaman, keperluan study bukan setakat tu jerr, duit makan, belanja alat tulis, fieldwork lagi, thesis lagi, perbelanjaan untuk kertas/printing/binding assignment. Transport nak buat kajian lagi. belum lagi kalau nak buat baju fakulti lah, yuran persatuan lah, macam-macam aktiviti sampingan yang memerlukan duit. Even kalau government bagi elaun RM1000 tiap sem pun masih tak cukup.  Tetap akan perlu dana tambahan.  Mustahil untuk kerajaan bagi yang pakej free yang lengkap.   In the End, kena cari dana tambahan jugak demi segulung Ijazah.  So fikir-fikirkanlah.... 

Siapa yang tak seronok kalau hutang tak perlu bayar.....  Semua orang suka kalu benda free... Tapi bagi Lisa, Saya bayar yang saya hutang bukan untuk kepentingan kerajaan tapi untuk kegunaan adik-adik bakal mahasiswa yang belajar dengan niat mengubah nasib keluarga.  

So, peringatan kepada adik-adikku yang tengah study, tak yah nak demo2.  Balik kampus belajar biar dapat 1st class degree. jadi tak yah fikir nak bayar PTPTN...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

beautifulnara.com

Calling back time while chit  chatting dengan Yazren, especially topic pasal local artis.  She did mention pasal blog 'Gossip Artis Malaysia Terkini' called beautifulnara.com. Lisa bukan jenis yang update tentang artist nih, selalu ketinggalan. In fact banyak nama-nama artist baru yang Lisa tak tau. main tengok jer movie/drama kann.   So normally my nearest resource is dearest yazren. hehehhe


Then recently I decide to try and have a look at the blog and i was like WOW.... "2011 best blog".  Then dia punya ads merata-rata. NICE!  Rasanya blog beautifulnara.com dah lama. Lisa jerr yang ketinggalan and baru nak melawat.  hehehhe.... and seriously reading the blog is kinda addicting. Bila dah like kat fecebook every new entry mesti nak baca.  Slowly baru lah kenal nama-nama artist2 baru nih.  Sebelum nih kalau yazren cerita jer, I normally blurrr...hehehhehe.

Tapi bukan cerita Artis Malaysia yang menarik perhatian Lisa, tapi komen-komen pembaca blog tersebut.  Macam-macam yang berlaku dalam ruangan komen.  Ada yang baik, ada yang lucu, ada yang dasyat, ada yang macam buat esei dah panjangnya... heheheh...  Siap bergaduh-gaduh lagi. .  Hanya kerana tak mo kalah berdebat siap bagi segala macam fakta.. Kadang-kadang dengan abang nara sekali kena se-das.  Kadang-kadang tergelak sendiri Lisa baca komen-komen kat blog abang nara nih. Apapun blog beautifulnara.com memang up-to-date.  Thumbs Up to abang nara!

Bagi Lisa apapun yang di baca ambillah yang positif.  Kalau yang buruk jadikan pengajaran, kalau baik jadikan panduan.   Artis ker celebriti ker.. semuanya manusia biasa.  Ada perasaan sedih dan kecewa bila baca komen-komen peminat dan juga yang tidak minat. Tak perlulah kita nak menghina ker melabel dengan istilah yang tak elok. Senduklah, jembalanglah, dayuslah..... Sedang kita yang bukan siapa-siapa nih pon terus mengamuk melatah bila tahu ada yang mengata.  Jangan lupa juga budi bahasa budaya kita.  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Love Yourself 1st


If You Think You're Fat - DIET
If You Think Your're UGLY - Put some make up on
If You Think You're Too Skinny - Eat something
If You Think You're Stupid - Ask and learn
If You Think You're Poor - Work
If You Think You're OLD - Collagen works!
If You Think You're Rude - Apologized and be nice
-If You Think by ME

Life is simple at the first place until we make it complicated. Most of us, instead admitting our own flaws, we tend to find and condemned others. Totally In-Denial!  Macam  dalam entry Why Judge? Helah Bela Diri? .  Kita tahu kekurangan sendiri tapi mahu menutupnya dengan mencari kesalahan orang lain.  

Tiada manusia yang sempurna.  Jadi kita menuntut orang lain untuk menerima kita seadanya.  tapi adakah kita menerima diri kita seadanya? We want to be LOVED but did we love ourselves much enough? There's saying about people cares peoples who cares about themselves. Agreed. Love yourself first.

Love yourself doesn't mean you have to be a selfish biatch.  It means we identify our flaws and take actions.  Look at the mirror and see that reflections.  Either be that girl, or be a better version of that girl.  We decide what we want in life and live the consequences.  So, STOP whining when you feel like there's no man approached and   love you.  That because you don't love yourself enough. You ignoring yourself physically and emotionally.  And please please please, don't be too stingy to yourself.  Treat yourself better and others will treat you better.  When you loved yourself much, others will notice.  You'll look confident, happier, calm and obviously lovable. Trust me, I've been there.   






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Somebody That I Used To Know - Gotye & Kimbra



Now and then I think of when we were together
Like when you said you felt so happy you could die
Told myself that you were right for me
But felt so lonely in your company
But that was love and it's an ache I still remember

You can get addicted to a certain kind of sadness
Like resignation to the end, always the end
So when we found that we could not make sense
Well you said that we would still be friends
But I'll admit that I was glad it was over

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and I feel so rough
No you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records and then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

Now and then I think of all the times you screwed me over
Part of me believing it was always something that I'd done
But I don't wanna live that way
Reading into every word you say
You said that you could let it go
And I wouldn't catch you hung up on somebody that you used to know

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and I feel so rough
And you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records and then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know
(www.azlyrics.com)


p/s  :  Dedicated to those so called friends (or ex-friends?)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bride To be - Sazzy Henna

Entry kali nih, Lisa nak tulis about Henna.  Henna atau Inai adalah salah satu item yang perlu ada dalam checklist tapi sering kali orang lupakan.   Kenapa perlu ada henna dalam wedding list? sebab pemilihan jenis henna dan corak sangat penting dan mempengaruhi kecantikan pengantin.  Dalam mana-mana majlis pun, antara fokus utama tetamu adalah wedding band.  Jadi tangan pengantin terutamanya pengantin perempuan akan sentiasa menjadi perhatian lensa camera dan tetamu .  Jadi apalah salahnya kalau di tambahkan lagi corak-corak menarik pada jarai jemari pengantin. Ala2 menyerlah gitu....Wah! 


Ingat dulu time my sis berinai, konon tak nak pakai inai kedai sebab takut tak merah, sibuk pergi belakang rumah member nak ambil daun inai, sekali sampai, pokok dah lama kena tumbang..Adess!... last2 singgah gak dekat kedai runcit beli henna paste and sticker.   Hmm...pastu jadi tukang henna tak berbakat.  Hasilnya okayylah, dari jauh tak ketara jugak comotnya. Tapi deep down inside, memang tak puas hati...huuhuhuu! Maklumnya pakai yang 1,2,3 punya bahan.  Hasilnya pon 1,2,3 jugaklah.

So, for my BIG DAY, I decide to use professionals. Tak mau dah pakai stiker-stiker nih. Tak lawa jadinya. Thanks to my friend Riny sebab kenalkan dengan Sazzy Henna.  Bila tengok album dalam  fb Sazzy Henna terus decide and tanya price.   Sazzy Henna nih base kat Sandakan, quit well known dah.  Dengar-dengar cerita henna yang digunakan dia tumbuk sendiri bukan henna segera macam kat pasar tuh.  Then ada jugak terbaca yang dia ada beli all the way from India. Wow!  Namun bila tengok pic hasil tangan Sazzy henna, cantik-cantik dan merah inainya.  Apalagi mulalah Lisa berangan bila tengok corak-corak yang ditawarkan.  hehhehe...  pilih punya pilih, macam corak nih yang paling suka tengok.  Juussst nice!

Berurusan dengan Sazzy Henna via fb and kol jerr. Maklumlah jauhkan.. So urusan deposit Mr. Fiance yang settlekan kat Sandakan.  Price boleh runding and very affordable.   Bila dah confirmkan henna, kurang sedikit risau.  Kalau tak ready awal karang, susah pulak nak mencari siapa nak menginai, pastu risau lagi, merah ker tidak inai tu. Kalau yang jenis ada family member/kengkawan yang reti  mencorak inai oklah... tak perlu risaukan.  Eeee...tak sabarnya nak berinai...hehehheh

So, to those yang akan berkahwin espcially area Sandakan, Sabah boleh lah check this fb link or search for Sazzy Henna.  Seriously, tak pernah dengar bad review lagi!






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bride To Be - Upacara Naik Duit

Sepatutnya Lisa tulis entry nih lepas engagement. Kemudian baru ble tulis tentang wedding dress, cards dan doorgift kan... nih dah mix up dah ne. hehehehehe... Sebenarnya tak pasti nak tulis ke tak pasal upacara nih sebab lain orang lain penerimaannya. Ada yang terima baik, ada pulak yang terima tak baik. Tapi Lisa tulis sajalah sebab dah namanya wedding preparation kan?  Bagi orang-orang berada memang tak kisah lah nak ber'naik-naik' duit bagai nih.  Tapi untuk yang golongan biasa-biasa nih, istilah wang hantaran/berian kahwin adalah untuk perbelanjaan majlis  kata orang nak buat majlis besar, tinggilah wang hantarannya, kalau nak buat majlis kecil, rendahlah hantarannya.

Upacara Naik Duit nih,  ikutlah kebiasaan masing-masing.  Bila dah moden nih, macam-macam cara boleh guna.  Kalau tak nak buat majlis boleh bank in saja.  Senang cerita.  Ada pulak wang hantaran masa kahwin baru beri.  Tapi Bapa Lisa nih yang selalunya sporting, tapi bab urusan kahwin strict gilerr.  Mesti ikut prosedur katanya.  Dengan muka garangnya dia bagi nasihat cam nih 

" Anak dara tak boleh nak sibuk urus majlis kahwin kalau pihak lelaki belum 'naik duit lagi'. huh!"  

Pastu dekat pihak lelaki pulak di bagitau  :

"Saya tak mau minta berapa jumlah untuk wang hantaran, terpulanglah kepada pihak lelaki mo hantar berapa.  Kita terima saja."  lain harinya dia bagitau lagi.. nih yang paling best . dia bgtau...

"Saya harap tak perlulah nak buat majlis besar-besar sangat... Orang-orang tau jugak diorang nih bukan anak YB. Buat lah sederhana sahaja.".... 

Kita ikutlah keinginan Ibubapa, kalau kata ikut prosedur..ikutlah . Jangan nak degil. heheheh So, pada 11 Mac 2012 jam 2.00pm,  Upacara Naik Duit berlangsung. Kita buat simple jerr.  Ala-ala untuk cukupkan syarat . Itupun kejap saja. Tak sampai sejam rasanya. Lisa time tuh tak boleh keluar kat ruang tamu, kena duduk dapur jerr.. nak mengintai pon tak boleh. hehehhe... Nervous jugak kan....

Kalau dulu-dulu, wang hantaran di gubah menjadi bunga, menjadi masjid, menjadi bentuk haiwan.. Adakah bentuk haiwan? heehehe..tapi kali nih, pihak lelaki letak dalam album gambar.  Takut rosak katanya duit kalau dilipat-lipat.  hmmm..mana-manalah.  Cuma lucu bila teringatkan bakal mertua punya statement..

"Cuba check album tuh betul-betul. Manatau bukan duit kat dalam, sekalinya gambar kat SEPILOK".


hehehhe... apapun bersyukur upacara berjalan dengan lancar. Wang hantaran yang di terima berjumlah RM17 793 bagi mak yang simpan.  Sebab segala urusan majlis perkahwinan mesti melalui mak. Habis satu step, pastu baru dapat kebenaran untuk uruskan majlis kahwin. Alhamdulillah...... Semoga yang dirancang akan berjalan lancar tanpa halangan.  dan semoga Allah permudahkan segala urusan..Amin..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 Things I Hate About YOU


This list is not from the 10 things I hate About You movies.  Or note about hatred.  It simply a list i make when i woke up  this morning and miss my fiance.  People always said that being in long distance relationship is hard and challenging.  For us, its not.   


Dearest fiance,
  1. I hate the way you look at me, it make me nervous
  2. I hate your smile, it melts my heart away
  3. I hate your laugh, it make me happy
  4. I hate to see your face, its so sweet i can take my eyes of you
  5. I hate it when you never get angry, I feel guilty
  6. I hate it when you cares to much, i'll be spoiled.
  7. I hate the fact that we never argue, when I know we should.
  8. I hate it when you always say i'm right when I know i'm wrong.
  9. I hate it when you leave, and thinking what if you never come back.  But you did.
  10. I hate it when you say 'I LOVE YOU' for i'm the one who  LOVE you more

One and a half months to go.  Pray for us.... thanks..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Married in 30s. So What?!

47 days to go and yes, I'll become 30 yrs old this year.  In fact i'll be married exactly 3 days after my 30th birthday and proud of it.  People  often said to me, better get married early or else i'll be labelled ANDARTU. Or best of it I'm Out of Calender. Say what???  hahahah..... All I can say to those people is:

"Jodoh, pertemuan Allah yang tentukan".  Kalau 'seru' sampai maka kahwinlah saya. 

I don't need to rush doing stuff i'm not even ready mentally.  I've been in relationship for 4 years with this amazing man and thanks to him for waiting patiently for me throughout this years.  There's more in 'Married Life' than just love even though they said love can overcome everything.  But love don't put food at the table. Love don't pay the bills.  And love don't runs the car.  

Kelebihan kahwin lewat (ade ker? Ni sesaja jer tau,  bukan kajian atau apa, just pendapat Lisa saja.  remember, lain orang lain pendirian.  Yang tak setuju, jangan marah plak. )  :

  1. Kedua-dua dah bekerja jadi soal kehidupan selepas berkahwin ringan.  
  2. Matang - Segala masalah boleh di bincang dan ditangani dengan baik. Tak perlu nak baling pinggan mangkuk sume..
  3. Majlis kahwin - Semua pakai duit sendiri. Tak perlu menyusahkan Ibubapa. Sebab dari mula bercinta si Dia dah start saving.  
  4. Parent tak risau sebab dah besar.
  5. Sedar tanggungjawab masing-masing.  Dah 30 tahun, kalau masih tak tau tanggungjawab menjadi isteri/suami, tak tau nak kata apalah .... heheheh

Ada orang cakap berkahwinlah awal untuk kurangkan maksiat, jangan bercinta lama-lama.  Betul! Itu kalau yang bercinta kerana nafsu. Sedangkan semua orang tahu yang terbaik adalah bercinta dan berkahwin kerana Allah.  Ala-ala "ku pinang kau dengan Bismillah".  Ada pulak kata bercinta lepas kahwin lebih baik.  Tak perlu kenal hati budi dulu takut terjebak ke arah maksiat.  Kepada mereka yang boleh terima 'stranger' dengan mudah. Grats and good luck!  But for me, I don't.

But the main reason, Lisa nak bahagiakan parents dulu.  Seboleh-bolehnya nak tunaikan impian parent. Maklumlah kita bukan orang senang. Harapan Ibubapa mendidik kita agar dapat mengubah kehidupan keluarga. Ingat lagi 1st time hulur duit gaji kat mum, berlinang air mata mak.  Dapat juga dia merasa hasil keringat anak dia.  Hasil susah payahnya betahun-tahun membesarkan, menyekolahkan dan mendidik anaknya.  Lisa jenis percaya, kalau kita berkorban untuk Ibubapa, hidup pasti akan bahagia. Alhamdulillah adik-beradik pun bila dah dapat kerja, semuanya utamakan Ibubapa.  Takda seorang pon yang sibuk kata nak kahwin, walaupun masing-masing dah ada pilihan hati dan dah berada di akhir 20-an. heheheh...Tapi lepas dah beberapa tahun kerja, diorang dah queue lepas Lisa kahwin, baru giliran diorang.  Taknak potong barisan katanya.  Good boy!

Kepada yang belum bertemu jodoh, bersabarlah. Umur hanya angka.  Kalau kita  bijak jaga kesihatan dan penampilan, tak nampak jugak tuh.  Tak perlu nak kelam kabut hanya kerana takutkan istilah ANDARTU.  Tunaikan kewajipan kepada orang tua.  Allah maha melihat, Insyaallah jika kita berusaha membahagiakan Ibubapa, Anda juga pasti akan bahagia kelak. Amin.

and yeay! I'm married in 30s. So WHAT?!!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Why Judge? Helah Bela Diri?

"Judging someone doesn't define who they are, it define WHO you are" - @ItsLifeNotes

Judge? Hakim? hehehhe... recently semua orang nak jadi tuan/puan hakim.  We tend to Judge everything.  dari hujung rambut hhingga hujung kaki, dari apa yang orang lain ada sampai yang orang lain tak ada, dari yang hidup sampai dah meninggal pon kita hakimi jugak.  Kalau setakat judge dalam hati xpalah jugak. Ni ada yang direct sound, ada pulak yang jenis sindir-sindir, ada jugak yang main tulis kat fb/twitter nak bagi orang terasa.  Paling best siap canang lagi kat orang-orang.  Persoalan saya di sini ialah WHY JUDGE? 

Pemahaman Lisa dari aspek psychology, setiap manusia mempunya mekanisme Helah Bela Diri.  Helah Bela Diri bermaksud usaha tanpa sedar oleh seseorang bagi mempertahankan ancaman dan kebimbangannya.  Terdapat dua jenis yang utama iaitu Helah Bela Diri Aktif dan Hela bela Diri Pasif.  Hela bela diri pasif amnya tidak melibatkan orang ketiga jadi kita cuba fokus kepada helah bela diri aktif saja.  

Jenis - jenis Helah Bela Diri Aktif :-
  • Sublimasi - Cara sesorang menyalurkan kekecewaan/ kekurangan dengan aktiviti yang sihat.
  • Rasionalisasi - Penjelasan yang dilakukan bertujuan menyembunyikan maksud sebenar demi menjaga ego dan harga diri.
  • Pemindahan - .Memindahkan perasaan kurang manis daripada sesuatu  kepada sesuatu lain yang boleh menerimanya.
  • Projeksi - Membalikkan kelemahan yang ada pada dirinya dengan orang lain.  Ni jenis yang asyik cari kelemahan orang sebab nak tutup kelemahan diri.
  • Introjeksi - Menerapkan dalam jiwanya tentang ciri-ciri orang lain yang disanjungi.
  • Pembentukan Reaksi - Menafikan semua keinginan diri dengan melakukan yang bertentangan.
  • Kompetensi - Melakukan aktiviti yang hampir sama dengan tujuan menggantikan dengan aktiviti yang tidak dapat dilakukan.  

Setiap kita, mengaku atau tidak mengunakan lebih dari satu mekanisme di atas. Samada judge ataupun being judged.  So, kita tergolong di mana?  Jadi sebelum kita mula nak menghakimi orang lain, fikir-fikir lah dulu.   Jangan sampai nampak sangat Helah Bela Diri kiter tu yer.   Everybody knows that no body is perfect.  Bak kata nabil - Lu Pikir lah sendiri! heheheh....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

A Cup Of Chicken Soup For The Soul


"When you reread a classic, you do not see more in the book than you did before; you see more in you than there was before" - Cliff Fadiman

 (My Collections of Chicken Soup For The soul)

When you 1st read the title, i know some might picturing a cook book.  NO! Its not even close to that.  Its A Cup Of Chicken Soup for THE SOUL.  Its a compilation of real life stories, quotations and cartoon that will uplift and inspires us to love unconditionally, live passionately, and pursue our heart desire with more conviction and confident (from the introduction).  Penulisnya ialah Jack Canfield dan Mark Victor Hansen.  Antara penceramah motivasi yang terkenal di Amerika.

Bukan resepi sup ayam yerrr.... Buku ni bukan fiksyen atau rekaan, ia adalah himpunan cerita pendek tentang kisah benar yang berkisar tentang dedikasi, pengorbanan, kasih sayang, persahabatan dan memang memberikan impak positif kepada Lisa. Tak rugi beli sebab banyak pengajaran yang dapat diperolehi.  Setiap cerita memberikan emosi berlainan.  Bayangkan perasaan membaca tentang ketabahan budak perempuan beumur 6 tahun yang abangnya di bunuh di hadapan matanya dan kedua belah kakinya di potong guna mesin oleh seorang  penceroboh yang masuk ke rumahnya.  Sedih tak? Buku ini bukan untuk hiburan tapi untuk memberikan inspirasi kepada pembacanya.  Ia mengajar kita bersyukur dan menghargai apa yang kita ada. 

First time jumpa buku ni time 1995 masa kat boarding school dulu. Tak tau lah siapa yang empunya buku tersebut tapi  Ingat lagi time tuh, buku ni di pass dari seorang ke seorang.  Rasanya semua kat hostel ada baca buku nih.  Since that time, Lisa berangan nak wat collection buku nih.  Buku pertama Lisa beli time study kat UKM dalam tahun 2003 gitu.  A Cup of Chicken Soup for The Soul.  Beli yang edition mini jerr. maklumlah time study manada duit kan....Itupon beli kat 2nd hand shop. Tapi sesecond hand buku ni pon harga kemain mahal RM25.00 padahal kecik jerrr buku nih.   Buku nilah teman bertahun-tahun lamanya.  Tengok tuh dah buruk pon. hehehhe


Tapi bila dah kerja nih hajat untuk membuat collection diteruskan.  Buku nih, tak semua kedai buku ada ala-ala Times, Popular dan MPH jerr.. Kat Sandakan xda yerr..dah try cari.. hmmm!  Dulu ingatkan nak beli sebulan sekali tapi x dapatlah pulak.  Sebab buku nih tebal lebih 101 cerita kat dalam. Sebulan baca tak habis. Lagipon harga boleh tahan mahal jugaklah RM46.90.  Tapi untuk buku nih, sangat berbaloi.  Sekarang  dah banyak edition buku nih.  tapi yang ada dalam collections Lisa is A 4th Course, Chicken Soup for Every Mom Soul,  Chicken soup for The Soul At Work, Teacher Tales and the latest one is A Second Chicken soup For The Woman's Soul.  Baru beli last month.   Lisa baca buku-buku nih berulang-ulang kali terutamanya Teacher Tales.   Himpunan kisah dari guru-guru yang mendapat anugerah "State Teacher Of The Year" kat USA.  Banyak yang boleh di jadikan panduan dalam menjalankan tugas sebagai guru.  :)

Kadang-kadang teringin jugak kalau ada Malaysian yang dapat buat buku seumpama ini.  Bukan plagiat atau translation book, maksud Lisa membuat himpunan kisah-kisah hidup rakyat malaysia yang boleh di jadikan buku motivasi. Bukan kisah artis, cara membuat duit atau orang-orang ternama tetapi kisah tentang kita sebagai manusia biasa, rakyat biasa yang menempuh setiap dugaan hidup dengan sabar dan tabah.  Kan?..... Anyway thanks to the author for making this amazing book. One of the reason I am what i am today because of this book.  I feel blessed, happy and thankful to Allah for everything.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mom - Number One For Me

A friend shared this link on BCR just now.  Watching it make me HOMESICK and decide to call my mum in Sandakan.  Pity her living alone there.  But glad to hear, she just fine. Well, apa boleh buat, bapa di KL until May, and we all kerja/study di luar kawasan.  Luckily my lil bro  is going home  on sunday until June for semester breaks.  Selalu nasihatkan adik beradik dan diri sendiri, utamakan Ibubapa no matter what.   Tidak akan ada penyesalan jika buat Ibubapa bahagia. Indeed!  Nothing we can do in this world that can compare with what they did to us especially mom.  


Remembering those good old days when i was little.  In this video, there's only one brat.  But for my mum she have 4 with the same naughtiness.  4 sibling with gap of two years each.  We play, fight, wrestle, and turn everything upside down.  Nakal tahap dewa dewi nih. Almost everyday we got punished, whacked,  smacked with rotan, extension wayer or even hose.  Bruises means nothing to us.  Cried for a little while then there we strike again.  hehehhehe...  

Some may not agree with the way mom treated us but thanks to her those 4 brat  grown up a better person.   Two of 'em sent to boarding school as early as form one with Yayasan Sabah scholarship.  These 4 brats then finishing their SPM with flying colour- KPM matriculation product for a year - Bachelor degree in local university. Now three of them are teachers and the other one is Chemical Engineer.   There's  3 other more sibling.  Two studying mechanical /electrical engineering and the youngest one in MRSM. Alhamdulillah.


Thank you mom. For raising us well.  We owe you our life. We love you so much.  We may not a Millionaire, we can't buy you the world.  But do remember you always in our doa.   




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bride To Be - Kad Kahwin

On the 50th countdown to My BIG DAY..lets talk about Wedding Invitations Cards.  Memandangkan zaman dah canggih nih..ala2 everything di hujung jari jerrrr..Banyak SANGAT perkhidmatan kad kahwin yang dibuat secara online.  Mudah, tak perlu buang masa ke kedai.  Nak servay contoh kad pun ada siap dengan price and promo.  

Last holiday ada try tengok Kedai Kad Kahwin kat Sandakan... hurmmmm.. Berganda-ganda dari harga kat Semenanjung.  Empat lime kali ganda wooo..  Limited design, No promo, no custom made cards and bad customer service.  Kite nak tanya kad, dia duduk kat table berborak.  Sekadar hulur fail yang dah usang kaler kuning dah kad kat dalam.  hmmm.. Yakin sangat lah tu sebab kat sandakan dia jerr sorang yang bukak kedai jual kad kahwin nih.  So, second option is ONLINE.

Sebenarnya dah servay habis dah website/fb kad kahwin nih since  last year lagi.  Cuma bila venue dah booked baru nak tempah.  Dari banyak-banyak pilihan tu yang paling berjaya menambat hati adalah www.kadkahwinku.com design fresh, simple dan very reasonable price.  And superb customer service.  Bagi design kad, Lisa jenis yang suka corak kerawang dan simple.  So I decide to pick Kad Kekasehku  (picture from kadkahwinku facebook) for my wedding.  Nice kan?! 



Order/Payment made 2 weeks ago and still waiting for the draft.  Kalau ikut schedule, end of March (last week) dah ble tengok draft via email.  Tapi malang tak berbau, line TM/Streamyx kadkahwinku pulak bermasalah since last week.  huhuhuuh.... Nama pon online kan, everything pasti tergendala bila line internet xda.  Kesian kat team kadkahwinku.  Customer banyak dah panic (termasuklah Lisa). Manakan tak panic, Majlis tinggal sebulan lebih jerr nih . draft tak tengok lagi, manatau ada amendment nak kena buat, masa printing lagi. Dahlah delivery date lagi 3 minggu  . Tapi Lisa jenis tunjuk cool jerr, tek perlu marah-marah kat wall FB kadkahwinku (http://www.facebook.com/kadkahwinkudotcom). Kesian kat Teamku nak kejar dateline dengan internet xda.  Kita doakan jer semoga segalanya berjalan lancar. hehehheh....

Lagipun bukan apa, kadkahwinku nih dah established since 2000 lagi.  Diorang Awal Ashaari & Scha pun wat kadkahwin kat sana.  Nama kad kahwin awal & scha ialah Schawalku giteww.... kisahnya, sebelum  Awal propose kat Propaganda lagi diorang dah pilih2 kad @ kadkahwinku. Napa? tak percaya ker? tengok jer kat photo fb Kadkahwinku , banding ngan date awal propose..hehhehe.  Kite dah taw awal yang diorang nak kahwin.   Cume yang herannya, pilih kad kahwin dulu kerrr? propose dulu? hmmmmm..... amboi sempat plak bergosip kan Lisa nih! hahah..jangan marah Schawal....Berbalik kepada Teamku,   kalau untrusted, mesti dah lama lingkup kan? Tapi terbukti bertahan lama giteww.... so kepada customer lain, kita sama- sama jangan panic K. hehehhe..tapi untuk menyenangkan hati yang risau, Lisa akan suruh adik yang kerja kat KL pergi kedai kadkahwinku kat kajang untuk tengok progress draft.  Kalau ada apa2 update akan di beritahu kemudian....

Update  6/4/2012  :  -  Dah dapat draft dah..yeay!  Alhamdulillah takde masalah dan proceed to printing.   Belum pon sempat adik nak pergi kedai tengok..hehehhehe.... 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puisi dari Guru Kepada Yang Berkenaan


KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN   

BY Okieukio – Keningau.

Kerja guru senang, kerja dia susah 

Hari itu dia berkata
Kenapa guru balik awal, bukan pukul lima
Dia kata kerja guru tidak banyak, tapi gaji besar
Dia kata kerja guru senang, kerja dia susah
Lalu dalam diam
Kulihat jiwa di dalam nuraninya
Lihat akal di dalam batu jemalanya
Juga mata di dalam hatinya
Ah, dia cuma petah berbicara rupanya!
Itu pun pilihan bahasanya rambang-rambang saja

Dia tidak melihat setiap petang atau pagi
Guru datang dan pergi
Sentiasa bersamanya beg berisi buku kerja hari-hari
Bahu guru senget di kiri senget di kanan
Bawa bebanan untuk diteliti, diperiksa 
Bawa masalah pelajar untuk diselami diatasi
Bawa arahan tambahan yang perlu dilaksana
Dia cuma datang tanpa ada apa-apa di jari
Dia pulang, jarinya tidak juga memegang apa-apa
Ah! Mengapa dia kata kerjanya susah?

Dia tidak faham pada setiap malam 
Guru merancang apa kaedah, pendekatan harus diguna
Tajuk itu kemahiran ini, mesti dipilih, disusun secara hiraki
Berpuluh tajuk, berpuluh-puluh kemahiran, beratus kesilapan
Perlu disampaikan, perlu sampai dikuasai, mesti diamati dibetulkan dibimbing lagi
Jika bukan esok, lusa atau minggu depan pastinya!
Nasib saja malam tidak berkata-kata,
Sudah bosan melihat hadirnya di ruang tamu atau di meja tulis 
Tidak tidur-tidur, berbekal seteko kopi –o kurang gula
Biasanya pula kalau pelajarnya lemah, akan disoal ditanya
Sedang dia sudah lama lena di alam fatamorgana
Ah, alangkah mudahnya kerja dia!

Kerja guru disusun teliti setahun, sekali gus
Kerja dirancang sehari-hari, mesti bagus, hasil mesti telus
Menjadi cahaya, menyuluh di waktu gelap gelita
Wawasannya melangkau adab budaya, mendahului masa
Sehingga bayang anak didiknya terjelma menjadi ahli – berakhlak mulia



(Gambar Hiasan)





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Blogged.my